Terms & Conditions

Dengan mengklik kotak ini, anda bersetuju bahawa apabila mendaftar untuk kelas (mengikut keadaan) anda akan diminta untuk memasukkan nama, alamat e-mel, nombor telefon atau butiran anda yang lain untuk membantu menambahbaik pengalaman anda. SOLS 24/7 akan menggunakan maklumat yang dikumpul apabila anda mendaftar untuk kelas dan menjawab tinjauan atau semasa komunikasi pemasaran. Kami tidak akan berkongsi maklumat anda dengan mana-mana organisasi lain selain daripada kumpulan korporat kami dan pihak ketiga yang berkait secara langsung (Meta) dan kefungsian yang diperlukan pada aplikasi mudah alih yang telah anda benarkan. Dalam situasi diluar jangkaan, kami mungkin dikehendaki mendedahkan maklumat peribadi, seperti apabila terdapat sebab untuk mempercayai bahawa pendedahan itu perlu untuk mencegah ancaman kepada nyawa atau kesihatan atau disarankan oleh undang-undang. SOLS 24/7 komited dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, khususnya, polisi serta garis panduan dan perintah yang sepadan dengannya.

 


 

Dengan mengklik kotak ini, anda sedar bahawa anda akan berkongsi nama anda, maklumat perhubungan (alamat, nombor telefon dan alamat e-mel) dan maklumat peribadi lain dengan Meta (dan ahli gabungannya). Kami/Meta boleh menggunakan data yang dikumpul daripada anda ini untuk tujuan pemasaran juga. SOLS 24/7 komited untuk mematuhi Akta Perlindungan Data (DPA; facebook.com/legal/terms/privacy) yang disediakan oleh Meta.