PERCUMA Kelas

Program Meta Boost x SOLS

Atas kerjasama Meta bersama SOLS 24/7 & SOLS Edu, kami menawarkan program kelas percuma bagi membantu perniaga-peniaga tempatan kecil untuk mengembang perniagaan atas talian mereka.

Ketahui cara mengembangkan perniagaan anda dengan memperlihatkan perniagaan anda atas talian dengan Facebook, Instagram & WhatsApp.

Apa Yang Anda Akan Dapat?

online-class-icon-blue

Kelas Percuma

Kelas atas talian percuma & akses kepada kursus berpandu kendiri.

certificate-icon-blue

Pensijilan

Dapatkan sijil setelah melengkapkan modul.

Kenapa Meta Boost?

Banyak perniagaan terjejas semasa Pandemik dan masih lagi belum pulih sepenuhnya sehingga hari ini. Hal ini memberi kesan yang lebih mendalam kepada perniagaan di kawasan luar bandar yang masih bergelut mencari sasaran pelanggan bagi perniagaan mereka. Sejak pandemik melanda, satu perkara yang kita dapat pelajari adalah kepentingan berhubung atas talian dan mencari perkhidmatan untuk keperluan harian secara atas talian. Di sinilah Meta memainkan peranan.

chocolate-business-owner-thumbnail
Play Video about chocolate-business-owner-thumbnail
meta-platforms

Meta, pemilik syarikat Facebook, yang turut memiliki Instagram & WhatsApp mempunyai lebih 21 juta pengguna Facebook aktif di Malaysia sahaja. Ini menjadikannya platfom penting untuk peniaga-peniaga berhubung dengan pelanggan.

Meta telah bekerjasama dengan SOLS 24/7, penyedia pendidikan yang terbaik untuk komuniti kurang bernasib baik, untuk mengajar perniagaan kecil cara menggunakan platfom Meta untuk menghubungkan mereka kepada kumpulan pelanggan yang lebih besar dan mengembangkan perniagaan mereka.

Program Meta Boost ini Untuk Siapa?

Langkah-Langkah Menyertai Program

1

Pendaftaran

Isi borang pendaftaran secara atas talian.

2

Kelulusan

Setelah permohonan anda disemak dan diluluskan, anda akan diberikan kepada 4 modul pilihan anda.

3

Sertai Kelas

Anda boleh menyertai kelas yang dijadualkan, mengikut pilihan anda.

4

Sijil

Anda akan menerima sijil anda sebaik sahaja anda menamatkan program.

Apa Yang Anda Akan Pelajari?

Program Meta Boost x SOLS terdiri daripada 4 modul. Anda digalakkan untuk menyelesaikan program secara berperingkat.

Anda akan diperkenalkan kepada alatan Meta Business dan penggunaannya secara satu-persatu, demonstrasi langsung dan aktiviti interaktif. Program ini akan membantu anda membina hubungan dengan pelanggan dan khalayak baharu di Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Modul 1 Wujudkan kehadiran dalam talian anda dengan Facebook & Instagram

Kehadiran atas talian boleh membantu anda mencari lebih ramai pelanggan dan meningkatkan jualan atas talian dan tempatan. Mempelajari cara meningkatkan pengetahuan orang ramai terhadap perniagaan anda kepada pelanggan di Facebook dan Instagram.

Modul 2 Gunakan Facebook untuk Meningkatkan Kesedaran tentang Perniagaan anda

Modul ini adalah untuk pemilik perniagaan kecil yang ingin menarik pelanggan atas talian. Ketahui cara menggunakan Facebook & Instagram agar orang ramai mengetahui produk anda dan mengutamakan jenama anda apabila tiba masanya untuk membeli.

Modul 3 Mulakan dengan Meta Business Suite

Modul ini bertujuan untuk pemilik perniagaan kecil yang ingin belajar cara mengurus semua aktiviti perniagaan anda di Facebook, Messenger dan Instagram daripada satu halaman, Meta Business Suite.

Modul 4 Menarik pelanggan anda dengan iklan diperibadikan

Modul ini adalah untuk pemilik perniagaan kecil yang berminat untuk mempelajari cara membuat kempen iklan menggunakan Ads Manager dan ingin menentukan siapa yang akan melihat iklan mereka, bila dan di mana tempat iklan mereka akan dipaparkan.

Modul 5 Berhubung dengan Sasaran Pasaran Anda Secara Kreatif menggunakan Instagram

Orang ramai datang ke Instagram untuk meneroka minat mereka dan berhubung dengan orang lain. Ketahui cara menghasilkan kandungan yang lebih menarik dan kreatif yang akan membantu perniagaan anda menonjol di Instagram.

Modul 6 Penyelesaian Perdagangan Instagram

Modul ini menyediakan anda untuk mula menggunakan Instagram Shopping. Ketahui cara menggunakan alatan Instagram Shopping untuk mengajak orang ramai menemui dan membeli produk anda di Instagram.

Modul 7 Tarik Pelanggan ke Perniagaan anda di WhatsApp

Pelanggan baharu, sedia ada dan berpotensi anda mungkin menggunakan WhatsApp setiap hari. Ketahui cara untuk berhubung dengan pelanggan anda dan kongsi katalog produk atau perkhidmatan anda menggunakan WhatsApp.

Berminat?

Adakah anda pemilik perniagaan Mikro atau Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, pekerja atau bercita-cita untuk menjadi pemilik perniagaan dan berminat untuk mengetahui bagaimana anda boleh mewujudkan kehadiran perniagaan atas talian anda? Jika ya, daftar hari ini untuk program Meta Boost x SOLS PERCUMA kami.